Salam sejahtera, ha..jangan hairanlah kenapa saya tiba-tiba ingin membuat blog tentang kereta kegemaran saya ini.Pada kebiasaannya saya membuat blog tentang tips,tutorial dan isu semasa sahaja. Kali ini saya telah membuat kelainan sikit, tidak salah kan. Sebenarnya tidak ada sebab apa-apa pun, just nak share dengan kawan-kawan betapa saya  meminati kereta-kereta buatan jepun seperti gambar di bawah ini

                      Nissan Skyline R34 GT-R
                               
                        Nissan Fairlady 360Z

 Mitsubishi Evolution 8
   Nissan Silvia S13
 Toyota Trueno AE8 

Antara kelima-lima kereta di atas ada satu sahaja kereta yang saya pernah naik iaitu Nissan Fairlady. Itu pun kerana tumpang kawan saya balik selepas menghadiri makan malam bersama staff dekat tempat saya bekerja di Pizza Kota Tinggi di Johor. Pendek kata kelima-lima kereta kegemaran saya seperti gambar diatas memang power dan mempunyai reka bentuk yang menarik .  Kalau di ikutkan nak membeli salah satu kereta diatas ini, kumpul duit sampai pencen pun belum tentukan akan dapat? So, kita mesti tanamkan azam untuk mencuba sedaya upaya untuk mendapatkannya..;)





Mitsubishi Motor
Sebenarnya, antara kebanyakkan kereta-kereta di dunia ini, saya lebih tertarik dengan sebuah model kereta yang amat terkenal sehingga sekarang iaitu model daripada syarikat Mitsubishi Motor. Hal ini kerana bentuk kereta yang dikeluarkan amat menarik serta cantik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan enjin atau komponen-komponen yang bermutu tinggi dan bagus. 
Mitsubishi Motors merupakan salah satu syarikat terbesar di dunia, dan perkilangan membuat riaswajah kenderaan. Syarikat ini berasal daripada jepun dan telah didirikan pada sekitar tahun 1917 lagi. Mitsubishi Lancer Evolution, lebih popular dengan gelaran Lancer Evo, LanEvo, atau Evo, merupakan sebuah kereta keluaran Mitsubishi Motors. 
Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, setakat ini sudah sepuluh versi rasmi model Mitsubishi Lancer dikeluarkan oleh syarikat Mitsubishi motor, kesemuanya menggunakan sistem pernomboran Roman. Kesemuanya menggunakan enjin dua liter dengan pengecas turbo dan sistem pacuan empat roda. Model keluaran kereta ini juga sesuai untuk perlumbaan sebagai contoh perlumbaan di atas trek(jalan) dan perlumbaan kereta rally. 
Hal ini kerana,kereta ini memang dibuat khas untuk perlumbaan mahupun untuk penggunaan biasa sahaja. Model kereta ini amat lasak dan selesa digunakan. Memandang model kereta ini adalah kereta kegemaran saya, jadi saya akan berkongsi maklumat tentang pengeluaran kereta ini daripada model atau generasi yang pertama hingga yang kesepuluh kesepuluh.
Mitshubishi Evolution I (Generasi Pertama)


Pengeluaran    :   Oktober 1992–Januari 1994
Stail badan     :     Sedan 4 pintu
Platform    :      CD9A
Transmisi  :   Manual 5 kelajuan
Tapak roda  :    2500 mm
Panjang   :   4310 mm
Lebar   :  1695 mm
Tinggi  :  1395 mm
Berat kering  :  1170 kg–1240 kg

Evolution I diperkenalkan pada tahun 1992 untuk bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia. Ia menggunakan enjin DOHC turbo 2.0 L serta sistem aliran kuasa 4WD daripada kereta Galant VR-4 asal pada kerangka Lancer, serta dijual dalam model GSR dan RS. Model RS adalah versi perlumbaan yang tidak menyertakan tingkap kuasa dan tempat duduk, sistem brek cegah kunci, pengelap cermin belakang, serta menggunakan rim keluli bagi menjimatkan lebih kurang 70 kg berat daripada model GSR yang seberat 1,238 kg, sementara model GSR menyertakan kesemua aksesori bagi kebanyakan kereta jalanan biasa. Ia didatangkan dengan enjin Mitsubishi 4G63 yang menghasilkan 250 PS (244 hp/182 kW) pada 6000 rpm dan kilasan 309 N·m) pada 3000 rpm, bersama-sama sistem pacuan empat roda yang menjadi "trademark" pada kesemua model Evolution. Sebanyak 5,000 buah kereta Evolution generasi pertama terjual antara tahun-tahun 1992 dan 1993.


Mitshubishi Evolution II  (Generasi Kedua)


Pengeluaran   :   Januari 1994–Ogos 1995
Stail badan  :  Sedan 4 pintu
Platform   :   CE9A
Transmisi   :   Manual 5 kelajuan
Tapak roda   :   2510 mm
Panjang   :   4310 mm
Lebar  :  1695 mm
Tinggi  :  1420 mm
Berat kering  : 1180 kg–1250 kg

Evolution II yang telah berjaya mengalami perubahan pada Disember 1993, serta dihasilkan sehingga tahun 1995. Ia menampilkan penambahbaikan pada pengendalian, termasuklah perubahan kecil pada jarak roda, swaybar lebih besar, penalaan pada bahagian badan termasuk spoiler yang lebih besar, serta tayar Sabalabaier yang 10 mm lebih lebar. Keluaran kuasa meningkat kepada 256 PS (252 hp/188 kW) daripada enjin yang sama manakala kilasan pula tidak berubah pada kedua-dua model GSR dan RS.
Mitshubishi Evolution III (Generasi Ketiga)


Pengeluaran   :   Ogos 1995–Ogos1996
Stail badan   :   Sedan 4 pintu
Platform   :    CE9A
Transmisi   :   Manual 5 kelajuan
Tapak roda   :   2510 mm
Panjang    :   4310 mm
Lebar   :  1695 mm
Tinggi  :  1420 mm
Berat kering   :   1260 kg (RS 1190 kg)

Januari 1995 menyaksikan ketibaan Evolution 3. Evolution 3 kelihatan lebih serius, dengan muncung hadapan baru (untuk menghalakan udara ke radiator, penyejuk perantara dan brek dengan lebih baik). Skirt tepi dan penjuru belakang adalah dari jenis baru, manakala sayap belakang diperbesarkan untuk mengurangkan daya angkat. Di bawah bonet aluminium ialah set pengecas turbo TDO5-16G6-7 baru, sistem ekzos baru serta peningkatan nisbah mampatan yang menghasilkan peningkatan kuasa sebanyak 10 PS (10 hp/7 kW), sementara kilasan kekal tidak berubah, selain nisbah pacuan akhir yang lebih besar. Kedua-dua model masih menggunakan kotak gear 5 kelajuan. Perubahan dalaman hanya terhad kepada stereng Momo baru (GSR sahaja) serta fabrik baru jenis Recaro. Spesifikasi asas model ini ialah enjin 4G63T bersesaran 1997 cc, menghasilkan 270 bhp (201 kW) pada 6250 rpm, manakala kilasan pula ialah 309 N-m pada 3000 rpm, dengan berat 1260 kg (RS 1190 kg).
Mitshubishi Evolution IV (Gernerasi Keempat)



Pengeluaran   :   Ogos 1996–Januari 1998
Stail badan   :   Sedan 4 pintu
Platform   :   CN9A
Transmisi   :  Manual 5 kelajuan
Tapak roda   :  2510 mm
Panjang  :  4330 mm
Lebar  : 1690 mm
Tinggi  :  1415 mm
Berat kering  :  1260 kg–1350 kg

Platform Lancer diubah sepenuhnya pada tahun 1996, termasuklah model Evolution, yang sudah mmenjadi sangat popular di serata dunia. Enjin serta kotak gear diubah kedudukannya sebanyak 180° untuk keseimbangan yang lebih baik serta menghapuskan belokan tork. Dua versi boleh didapati iaitu RS dan GSR. Versi RS dihasilkan sebagai kereta pertandingan dengan gear pembeza gelinciran terhad (LSD) hadapan serta LSD jenis geseran di bahagian belakang.Model RS juga menggunakan pembuka tingkap jenis piuhan, tiada penyaman udara, serta beberapa bar dakapan tambahan untuk mengukuhkan kerangka, satu di belakang gril hadapan dan yang lain merentasi lantai but. Model RS juga mempunyai pilihan kilang bagi panel badan yang lebih nipis serta kaca yang lebih nipis. 
 Evolution IV boleh dikenali dengan dua lampu kabusnya yang besar di bampar hadapan (pilihan bagi versi RS), serta lampu belakang rekaan baru, yang menjadi rekaan piawai bagi Evolution VI, yang seterusnya menjadi satu lagi trademark bagi siri-siri Evolution yang seterusnya. Model generasi baru ini lebih berat sedikit daripada model Evo sebelumnya berikutan penambahan sistem teknologi—tetapi untuk mengimbanginya kereta ini menghasilkan lebih kuasa — berat bagi versi RS ialah 1260 kg manakala berat versi GSR ialah 1345 kg.
Mitshubishi Evolution V (Generasi Kelima)


Pengeluaran  :  Januari 1998–Januari 1999
Stail badan  :   Sedan 4 pintu
Platform  :  CP9A
Transmisi   :  Manual 5 kelajuan
Tapak roda  :  2510 mm
Panjang  : 4350 mm
Lebar  :  1770 mm
Tinggi  :  1405–1415 mm
Berat kering  :  1260–1360 kg

Pada tahun 1997, WRC mewujudkan kelas baru iaitu kelas Kereta Rali Dunia, dan sementara kereta-kereta ini masih tertakluk kepada piawaian Kumpulan A, kereta-kereta tersebut tidak perlu mematuhi peraturan penghomologan. Mitsubishi merekabentuk semula Evolution IV atas sebab ini dan memperkenalkannya sebagai Evolution V pada Januari 1998.
Perubahan yang dilakukan termasuklah:
Kemasan dalaman versi GSR dipertingkatkan dengan kerusi Recaro yang lebih baik.
Kit badan mempunyai lengkuk roda yang dibesarkan pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler aluminium belakang baru yang menggantikan jenis FRP pada Evo IV dan melaras semula sudutnya bagi mengubah daya ke bawahnya.
Diameter lubang silinder utama brek dibesarkan sebanyak 0.3 mm.
Enjin diperkuatkan di beberapa bahagian dan tempoh bukaan injap oleh sesondol dipanjangkan. Omboh yang digunakan adalah lebih ringan dengan ruang skirt yang lebih kecil. Pemancit 510 cc digantikan dengan pemancit 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik berikutan terdapat lebih "ruang kepala" elektrikal manakala ECU ditukar untuk menyertakan ingatan kilat.
Selain itu, pengecas turbo sekali lagi ditambah baik. Kilasan meningkat kepada 373 N·m pada 3000 rpm. Kuasa kuda kekal sama pada 280 PS (276 hp/206 kW seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian sesama pengeluar-pengeluar kereta Jepun agar semua kereta mempunyai kadaran kuasa tidak melebihi 276 hp (280 PS), tetapi ada yang mendakwa kuasa kuda sebenar bagi model ini lebih tinggi.