Mitshubishi Evolution X (Generasi Kesepuluh)


Pengeluaran  :  Oktober 2007-sekarang
Stail badan  :   Sedan 4 pintu
Platform   :    CZ4A
Transmisi  :  Kotak gear klac berkembar 6 kelajuan
Transmisi  :  manual 5 kelajuan
Tapak roda  :   2650 mm
Panjang   :   4495 mm
Lebar  :  1810 mm
Tinggi  :  1480 mm
Berat kering   :   1420-1600 kg

Pada tahun 2005, Mitsubishi memperkenalkan satu versi konsep bagi model Evolution generasi seterusnya pada Pertunjukan kereta Tokyo ke-39, dinamakan sebagai Concept-X, rekaan Omer Halilhodžić di pusat reka bentuk syarikat di Eropah.
Mitsubishi turut mendedahkan kereta konsep kedua, Prototype-X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2007 (NAIAS).
Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX.
Paskuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggunakan kereta Evolution X bermula Disember 2008 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Namun demikian, model yang digunakan oleh PDRM menggunakan transmisi manual 5 kelajuan