Mitshubishi Evolution VII (Generasi Ketujuh)

Pengeluaran Mac 2001 : Januari 2003
Stail badan : Sedan 4 pintu
Platform : CT9A
Transmisi Manual : 5 kelajuan
Automatik : 5 kelajuan
Tapak roda : 2625 mm
Panjang : 4455 mm
Lebar : 1770 mm
Tinggi : 1450 mm
Berat kering : 1320–1400 kg

Pada tahun 2001, Mitsubishi terpaksa menyertai Kejuaraan Rali Dunia dengan menggunakan peraturan WRC kerana membina kereta yang tidak mematuhi peraturan Kumpulan A, maka ia tidak perlu mengikuti peraturan penghomologan. Evolution VII dibina berasaskan platform Lancer Cedia yang lebih besar, menyebabkan pertambahan berat berbanding Evolution VI, tetapi Mitsubishi melakukannya dengan beberapa pelarasan penting pada kerangka. Perubahan terbesar ialah tambahan gear pembeza tengah aktif dan gear pembeza gelinciran terhad yang lebih berkesan, sementara gear pembeza gelinciran terhad hadapan jenis helikal ditambah. Kilasan sekali lagi meningkat kepada 385 N•m dengan penalaan enjin yang memberikan aliran udara yang lebih baik, manakala kuasa kuda kekal pada 280 PS (276 hp/206 kW).

Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan yang digunakan mempunyai ciri-ciri "logik kabur", yang bermaksud sistem transmisi boleh "mempelajari" corak pemanduan pengguna serta mengubah corak penukaran gear mengikut cara pemanduan. Kelajuan juga boleh dipilih secara manual melalui butang + dan - pada stereng (sepasang pada kedua-dua belah) atau melalui mod tiptronic pada tombol gear. Kuasa kuda merosot sedikit daripada versi manual iaitu 272 bhp. Kotak gear GT-A tidak digunakan pada Evolution VIII tetapi dipasang pada versi estet bagi Evolution IX Wagon.