Mitshubishi Evolution V (Generasi Kelima)


Pengeluaran  :  Januari 1998–Januari 1999
Stail badan  :   Sedan 4 pintu
Platform  :  CP9A
Transmisi   :  Manual 5 kelajuan
Tapak roda  :  2510 mm
Panjang  : 4350 mm
Lebar  :  1770 mm
Tinggi  :  1405–1415 mm
Berat kering  :  1260–1360 kg

Pada tahun 1997, WRC mewujudkan kelas baru iaitu kelas Kereta Rali Dunia, dan sementara kereta-kereta ini masih tertakluk kepada piawaian Kumpulan A, kereta-kereta tersebut tidak perlu mematuhi peraturan penghomologan. Mitsubishi merekabentuk semula Evolution IV atas sebab ini dan memperkenalkannya sebagai Evolution V pada Januari 1998.
Perubahan yang dilakukan termasuklah:
Kemasan dalaman versi GSR dipertingkatkan dengan kerusi Recaro yang lebih baik.
Kit badan mempunyai lengkuk roda yang dibesarkan pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler aluminium belakang baru yang menggantikan jenis FRP pada Evo IV dan melaras semula sudutnya bagi mengubah daya ke bawahnya.
Diameter lubang silinder utama brek dibesarkan sebanyak 0.3 mm.
Enjin diperkuatkan di beberapa bahagian dan tempoh bukaan injap oleh sesondol dipanjangkan. Omboh yang digunakan adalah lebih ringan dengan ruang skirt yang lebih kecil. Pemancit 510 cc digantikan dengan pemancit 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik berikutan terdapat lebih "ruang kepala" elektrikal manakala ECU ditukar untuk menyertakan ingatan kilat.
Selain itu, pengecas turbo sekali lagi ditambah baik. Kilasan meningkat kepada 373 N·m pada 3000 rpm. Kuasa kuda kekal sama pada 280 PS (276 hp/206 kW seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian sesama pengeluar-pengeluar kereta Jepun agar semua kereta mempunyai kadaran kuasa tidak melebihi 276 hp (280 PS), tetapi ada yang mendakwa kuasa kuda sebenar bagi model ini lebih tinggi.